An interesting entry from a dear friend;
Apr 14, 2008 (Utusan Malaysia)
Bukan Mudah Dapat PhD by Dr Mohamed Azam Mohamed Adil of Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM
"PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learners's Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang. Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut"
Apr 23, 2008 (Utusan Malaysia)
Ada PhD belum tentu cendekiawan by A Murad Merican, Profesor of Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Perak
"Walaupun PhD itu penting sebagai satu proses dan keperluan sesuatu sektor bidang ilmu dan amali untuk kesejahteraan masyarakat dan kemanusiaan, ia bukanlah satu izin berbahas tentang apa sahaja atau menggelar diri itu sebagai cerdik pandai dan mahir kepada semua bidang dan kepakaran hidup. Sebenarnya ijazah PhD perlu menyedarkan kita betapa kerdilnya ilmu yang ada pada kita. Kita perlu sedar bahawa kita ini miskin ilmu, tidak kira betapa tinggi kelulusan kita. Pengajarannya ialah kemiskinan ilmu yang ada pada kita merupakan pencetus kepada kesedaran tentang kekayaan ilmu di alam semesta."
"Yang membezakannya ialah kecenderungan berfikir dan berhujah dalam melihat sesuatu permasalahan itu serta menawarkan perspektif dan cara-cara menangani dan mengatasinya."
No comments:
Post a Comment