Assalamualaikum, dan apa kabar? Penghujung tahun menjelma lagi, 2012 bakal muncul pula.
Banyak suka duka di tahun ini, apa pon syukur Alhamdulillah atas semua pemberianNya. Kadang2 tak terjangkau dengan akal kita yang pendek tentang semua anugerah mahupon ujian dariNya. Semoga apa yang berlaku baik positif atau negatif dalam tahun ini menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dan lebih mencintaiNya. Semoga limpahan rezeki dan nikmat tidak mengalpakan kita, jauh sekali menyebabkan kita bongkak, bahkan menjadikan kita lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
Rasanya tak perlu untuk mencatat azam baru panjang berjela setiap tahun, tapi yang pasti perlu ada motivasi dan usaha untuk mencapai impian yang diharapkan. Untuk 2012, semoga menjadi lebih matang dan dipermudahkan kembara mencari ilmu untuk diperkongsikan suatu hari nanti. Juga, kehidupan yang lebih tenang dan kesihatan yang baik untuk semua. 2012 juga bermula penghidupan PJJ kami, yang ramai rakan2 yang sedang atau telah berjaya harungi. Harapan agar kami juga begitu lah, no pain no gain kan. Moga anak2 juga akan membesar dan memahami tentang tanggungjawab yang mama mereka pikul ini. Semoga jadi contoh yang baik juga untuk mereka suatu hari nanti untuk sentiasa mencari peluang menambah ilmu didada. Juga berharap akan dapat mengeratkan ukhwah yg sedia ada, dan nanti juga dapat sahabat2 yg baru dan baik juga di bumi skudai nanti.
Dalam masa sebulan ni, banyak juga tugasan yg perlu disiapkan. Harap2 oklah. Registration is 14th Feb, aduhai romantik tak tarikhnya?? Hehehe..Maybe have to turun JB, in January too untuk buat persiapan disana sebelum bawa anak. Nak bawa siapa pon tak sure ni? Hubby suggests bw syuhada, sbb dah besar so easier for me there. But dalam hati kesian juga dgn si kecil, masih menyusu lagi dgn saya. Sedih kan, tiap2 mlm mesti nak menyusu badan dulu baru dpt la dpt lena dia. So how now?? Another 3 mths before I hit my 2 yrs breastfeeding journey. Ok, big question mark there. I hope nanti, akan buat decision yang baik lah. Setiap saat asyik fikir juga ttg ini, risau ada excited pon ada :). Ya lah, 6 thn mengajar, now mau masuk kelas dan diajar lah pula. Mesti best kan??
Oklah, almost 2 p.m. now, kena selesaikan kerja2 lain dulu. Byk betul cuti hujung thn kan?? :) next wk monday cuti lagi sempena new yr. So, happy new yr to all, semoga menjadi lebih baik dari thn ini dan all the best! :)
Wondering if the grass is greener on the sides, but hopefully I dont have to this! :)
